Saturday, April 26, 2008

Kesan Beragama Dalam Kehidupan Muslim


Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
www.darulfuqaha.com

Agama dalam Islam disebut sebagai ad-Din. Kalimah ad-Din bermaksud tunduk dan patuh. Ketundukan dan kepatuhan ini merangkumi seluruh aktiviti kehidupan manusia.
Justeru, kefahaman beragama dalam Islam tidak sama dengan kefahaman beragama bagi orang lain. Bagi agama lain, agama hanyalah amalan ritual seperti upacara beragama tertentu yang dilakukan pada waktu tertentu.

Tetapi maksud beragama dalam Islam bermaksud berpegang dengan himpunan kepercayaan dan kumpulan peraturan kehidupan yang akan membentuk perilaku dan tatacara kehidupan seseorang.
Kumpulan kepercayaan ini dikenali sebagai aqidah. Ia akan membentuk cara berfikir seorang muslim. Seterusnya menentukan hala tuju hidupnya.
Kumpulan peraturan pula dikenali sebagai Syariat. Ia akan menjadi landasan dan panduan seorang muslim dalam menjalani hidupnya. Dia akan hidup dalam lingkusan dan batasan peraturan yang telah digariskan oleh Allah. Hatta di kala tiada manusia memantau segala perlakuannya, dia tetap mengikat dirinya denganh peraturan kehidupan tersebut.
Justeru, agama Islam yang mengandungi aqidah dan syariat berperanan dalam kehidupan seorang yang menerima Islam sebagai agama untuk menjadikan dirinya seorang yang baik bagi dirinya, baik bagi ahli keluarganya, baik bagi masyarakatnya yang Islam atau tidak, baik bagi negaranya bahkan baik kepada seluruh makhluk Allah yang lain termasuklah binatang dan alam persekitaran.
Ad-Din yang diterima di sisi Allah pula hanyalah Islam sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:
Sesungguhnya ad-Din (agama) yang (diterima) di sisi Allah ialah Islam.

Inilah aqidah yang diyakini oleh setiap muslim. Setiap muslim meyakini hanya Islam agama yang benar. Seorang muslim tidak menganggap semua agama sama. Seruan untuk menganggap semua agama sama adalah seruan kekufuran kerana ia bermaksud kita boleh memilih apa sahaja agama kerana semuanya nanti akan membawa ke syurga. Semua agama munghkin berusaha untuk mencari jalan ke syurga. Namun, hanya Islam yang membawa manusia ke syurga. Inilah aqidah muslim.
Ia ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya:
قل يا أيها الكافرون لا أعبد ما تعبدون ولا أنتم عابدون ما أعبد ولا أنا عابد ما عبدتم ولا أنتم عابدون ما أعبد لكم دينكم ولي دين
Maksudnya:
Katakanlah wahai Muhammad! Wahai orang yang kafir. Saya tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukannya penyembah apa yang saya sembah. Dan saya sama sekali bukan penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga bukan penyembah apa yang saya sembah. Bagi kamu agama kamu .Bagi saya agama saya.

Seorang muslim mesti merasa megah dengan agama Islam. Kemegahan inilah yang menjadikan dirinya tanpa segan silu untuk mempraktikkan segala amalan beragama. Malah tanpa segan silu mempromosinya kepada seluruh umat manusia atas kesedaran untuk berkongsi kebaikan dengan seluruh manusia.
Namun, rasa megah ini tidak pula membawa kepada sikap tidak menghormati agama lain. Ini kerana Islam menegaskan bahawa tiada paksaan dalam beragama sebagaimana firman Allah:
لا إكراه في الدين
Maksudnya:Tiada paksaan dalam beragama.

Seorang muslim ialah seorang yang menerima Islam sebagai agama. Islam bermaksud menyerah dan tunduk. Iaitu menyerah diri serta tunduk kepada segala kehendak Allah. Justeru, seorang muslim ialah seorang yang bersedia menyerahkan dirinya kepada Allah serta tunduk kepada segala kehendak Allah yang berupa perintah dan larangan.
Syiar hidup seorang muslim ialah :إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين
Maksudnya:
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang mencipta, memiliki dan menguruskan seluruh alam.

Penyerahan diri ini menjadikan seseorang manusia sentiasa tenang menghadapi segala pancaroba hidup. Dia menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah. Dia tidak akan terkeluar dari landasan peraturan yang digariskan oleh Allah. Dia hanya melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Perintah dan larangan Allah pasti membawa kepada kebahagian dan kebaikan. Dengan itu hidupnya sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan tenteram.
Inilah janji Allah: فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى ومن أعرض عن ذكري فإن له معيشة ضنكا
Maksudnya:
Sesiapa yang mengikut petunjukKu dia tidak akan sesat dan mendapat kecelakaan.Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatanKu, baginya kehidupan yang amat sukar.
Segala nikmat diterima dengan syukur. Segala musibah diterima dengan sabar. Kekayaan diterima dengan syukur dengan cara menggunakannnya untuk jalan kebaikan. Dia tidak akan menjadi pemboros, sombong dan rakus dengan kekayaan sehingga menindas golongan miskin. Malah dia menjadi seorang dermawan. Sebahagian hartanya dibelanjakan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan. Ini dilakukan dengan keyakinan bahawa itulah yang disuruh oleh Allah. Hartanya adalah milik Allah. Justeru, dia terikat untuk membelanjakannnya menurut kehendak Allah. Antara kehendak Allah ialah membelanjakannnya untuk faqir miskin. Inilah hidup seorang muslim yang kaya.
Kemiskinan pula di terima dengan dada lapang sebagai ujian. Seorang muslim tidak akan menjadi penjenayah untuk mengatasi kemiskinannya. Baginya kemiskinan di dunia tidak bererti miskin di akhirat. Dia boleh memperolehi keakyaan di hari Akhirat sekiranya bersedia terikat dengan peraturan Tuhan. Justeru seorang muslim yang miskin akan sentiasa redha dengan keadaan dirinya. Dia tidak menyalahkan orang lain. Dan tidak akan menyusahkan orang lain.
Apabila seseorang menyerah dirinya kepada Allah, segala perlakuannya tidak akan menurut hawa nafsu. Masalah yang dihadapi oleh manusia hari ini ialah sikap “ingin memuas hati dan kehendak sendiri”. Sikap sebegini menjadikan manusia tidak mengambil kira kepentingan orang lain.
Nafsu selalu mendorong manusia ke arah kejahatan. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya: إن النفس لأمارة بالسوء
Maksudnya:
Sesungguhnya nafsu sentiasa menyuruh melakukan kejahatan.
Apabila manusia menurut nafsu, dirinya akan menjadi sarang segala kerosakan dan kejahatan. Inilah penyebab kepada berleluasanya pembunuhan, jenayah rompakan dan kecurian.
Justeru itu Allah menempelak golongan yang bertuhankan nafsu dengan firmanNya:
أفرأيت من اتخذ ألاهه هواه
Maksudnya
Tidakkah kamu melihat kepada orang yang menjadikan nafsunya sebagai tuhan?
Manusia yang hidup bertuhankan nafsu akan membunuh untuk memuaskan nafsunya. Manusia yang bertuhankan nafsu bersedia merompak dan mencuri untuk mendapatkan harta dengan jalan mudah bagi memuaskan nafsu keinginannya.
Dia akan melakukan apa sahaja demi kepuasan diri. Akibatnya berlakulah vandalisma iaitu merosakkan harta awam semata-mata untuk kepuasan diri.
Islam menjadikan seseorang itu menjadi manusia yang seimbang. Dia kan menjadi warganegara yang baik untuk negaranya. Ia menjadi penyumbang kepada ketamadunan negaranya. Ia akan bekerja keras demi menyebarkan kebaikan dalam masyarakatnya. Moto hidupnya ialah “menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.”
Seorang muslim juga mempunyai akhlak yang baik. Sentiasa menghormati ahli masyarakat baik yang tua atau yang muda. Ini kerana dia berpegang dengan sabda baginda:
اتق الله حيثما كنت وأَتْبِعِ السَّيِّئَةََ الحسنةَ تَمْحُها وخَالِقِ الناسَ بخُلُقٍ حَسَنٍ
Maksudnya:
Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan yang kamu lakukan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu menghapuskan kebaikan dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.

Tuesday, April 22, 2008

HIDUP KITA CUMA DLM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah Hari pertama semoga Hari yang keduaKita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut Adalah pemberian Allah secara percuma DanCarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamaNyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikanDan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannyaTerjemahkan rukun ISLAM yang 5 ituDan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayaiBagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,Tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaiPada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukurAtas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~NyaSetiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembaliKepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaanKita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa.. . Di dunia jua di akhirat kelak sertaDi dalam rahmat Allah s.w.t.

Tuesday, November 27, 2007

10 Hadiah Orang Bertaqwa


Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran...

1. Sentiasa mendapat petunjuk“Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)

2. Diberi penyelesaian dari masalah “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)

3. Dipermudah segala urusan“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)

4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga“… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)“Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah“Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Fussilat: 18)“… dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)

9. Terpelihara dari tipu daya musuh“Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)

10. Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)“Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)

Thursday, November 22, 2007

Anak Kunci Mengenal Allah

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan;
'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".

Firman Allah Taala;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)
Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika anda tidak kenal diri sendiri, bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota anda itu. Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bila anda lapar anda makan, bila dahaga anda minum, bila marah anda memukul dan sebagainya. Jika anada bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan anda.

Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;
Apakah ada dalam diri anda itu?
Dari mana anda datang?
Kemana anda pergi?
Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini?
Apakah sebenarnya bahagian dan apakah sebenarnya derita?

Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan. Sebahagian pula bersifat
Iblis dan sebahgian pula bersifat Malaikat. Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada; dan yang tidak perlu. Jika anda tidak tahu, maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagian anda itu.

Kerja binatang ialah makan, tidur dan berkelahi. Jika anda hendak jadi binatang, buatlah itu sahaja. Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, pandai menipu dan berpura-pura. Kalau anda hendak menurut mereka itu, buatlah sebagaimana kerja-kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi. Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan. Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan, maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan meikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu. anda hendaklah tahu kenapa anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu. Adakah sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?. Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu, anda akan gunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.

Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal yang anda itu terdiri dari bentuk yang zhohir, iaitu badan; dan perkara yang batin iaitu hati atau Ruh. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah seketul daging yang terletak dalam sebelah kiri badan. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang menggunakan semua keupayaan; yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya. Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya. Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.

Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri. Dengan cara ini, dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu". Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum. Dalam Al-Quran ada diterang;
Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakanlah Ruh itu adalah dari Amar(perintah atau urusan) TuhanKu". (Bani Israil:85)

Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah jauhar yang tidak boleh dibahagi-bahagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar". Ianya bukanlah tidak ada permulaan. Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah. Pengetahuan falsafah yang tepat berkenaan dengan Ruh ini bukanlah permulaan yang mesti ada dalam perjalanan Agama, tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu; seperti tersebut di dalam Al-Quran;
"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)

Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini, bagi mencapai pengenalan kepada diri dan Tuhan, maka
badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan, Ruh itu ibarat Raja.
Pelbagai deria(senses) dan keupayaan(fakulti) itu ibarat satu ketumbukan tentera,
Aqal itu bolehlah diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
Perasaan itu ibarat Pemungut Hasil.
Marah itu ibarat Pegawai Polis. Dengan pakaian Pemungut Hasil, perasaan itu berterusan ingin hendak merampas dan merabuk. dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekasaran.

Kedua-dua mereka ini perlu ditundukkan ke bawaah perintah Raja. Bukan dibunuh atau dimusnahkan kerana mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan, tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal, maka tentulah Ruh akan hancur.

Ruh yang membiarkan keupayaan-keupayaan yang bawahnya menguasai keupayaan-keupayaan yang atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim. Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den dengannya iaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu. Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan dizhohirkan dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.

Orang yang menurut hawa nafsu terzhohir seperti babi,
orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,
dan orang yang suci seperti Malaikat.

Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan marah, sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan membalikkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala.

Mungkin ada orang bertanya;
"Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang, Iblis dan juga Malaikat, bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?"

Jawabannya ialah jauhar atau zat sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya. Misalnya keldai dan kuda adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang, tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari keldai kerana kuda itu digunakan untuk peperangan. Jika ia tidak boleh digunakan dalam peperangan, maka turunlah ke bawah darjatnya kepada darjat binatang pembawa barang-barang. sahaja.
Begitu juga dengan manusia; keupayaan yang paling tinggi padanya ialah ia boleh berfikir iaitu ia ada Aqal. Dengan fikiran itu dia boleh memikirkan perkara-perkara Ketuhanan. Jika keupayaan berfikir ini yang meliputi dirinya, maka bila ia mati(bercerai nyawa dari badan), ia akan meninggalkan di belakang semua kecenderungan pada hawa nafsu dan marah, dan layak duduk bersama dengan Malaikat. Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan, maka manusia itu lebih rendah tarafnya dari binatang, tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya, kerana Al-Quran ada amenerangkan bahawa;
"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)
Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia, maka setelah mati, ia akan memandang terhadap keduniaan dan rindukan kepada keseronokan di dunia sahaja.
Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan pengetahuan yang sangat menakjubkan.

Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang ilmu dan Sains;
dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam sekelip mata,
dapat memeta langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang.
Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan ikan dari laut dan burung-burung dari udara, dan menundukkan binatang-binatang untuk berkhidmat kepadanya seperti gajah, unta dan kuda.

Lima deria(pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka menghadap ke Alam Nyata(Alam Syahadah) ini. Lebih ajaib dari itu lagi ialah ia ada Hati. Hatinya itu ada sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam Arwah(Ruh-ruh) yang ghaib. Dalam keadaan tidur, apabila pintu-pintu deria tertutup, pintu Hati ini terbuka dan manusia menerima khabaran atau kesan-kesan dari Alam Ghaib dan kadang-kadang membayangkan perkara-perkara yang akan datang. Maka hatinya adalah ibarat cermin yang membalikkan(bayangan) apa yang tergambar di Luh Mahfuz. Tetapi meskipun dalam tidur, fikiran tentang perkara keduniaan akan menggelapkan cermin ini. Dan dengan itu gambaran yang diterimanya tidaklah terang. Selepas bercerai nyawa dengan badan(mati), fikiran-fikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam keadaan yang sebenar. Betullah firman Allah dalam Al-Quran;
"Kami telah buangkan hijab dari kamu dan pandangan kamu hari ini sangatlah terang dan nyata". (Surah Qaf:22).